P&P Berbantukan Komputer BMM3105
Seperti yang kita ketahui, kemahiran komunikasi merupakan salah satu aspek yang sangat penting pada masa kini. Kesemua guru haruslah menguasai sepenuhnya kemahiran ini kerana komunikasi merupakan salah satu teknik dan medium penyampaian ilmu di bilik darjah serta alat sebagai komunikasi kepada masyarakat.
Akan tetapi, pada era globalisasi kini, komunikasi bukan sahaja merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi seseorang guru, malahan kemahiran komputer juga kini merupakan salah satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh guru-guru. Mengapakah kemahiran Komputer sangat penting untuk dipelajari? Persoalan ini seringkali bermain di fikiran saya dan saya memerlukan kajian yang selanjutnya bagi mengesahkan perkara ini.
Penerapan bidang teknologi maklumat di dalam bidang pengajaran kepada guru-guru sebenarnya masih lagi baru walaupun cadangan serta keinginan untuk melaksanakannya telah lama dipersetujui bersama. Umumnya, bidang teknologi maklumat ini sebenarnya masih baru lagi dengan guru-guru bahasa Melayu kecualilah guru itu mempunyai minat serta ingin mempelajarinya sebagai kesediaan untuk membantu dalam pengajaran. Mengaplikasikan TMK dalam pengajaran sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih lagi kerana pengolahan bahan serta penyampaiannya memerlukan daya kreatif dan inovasi yang lebih lagi supaya bahan itu tidak nampak seperti kosong dan hanya sebagai selingan sahaja bagi mencapai hasrat.
Biodata
Nama : Rahul Matius
Umur : 21 Tahun
Asal : Kota Marudu, Sabah.
Pekerjaan : Pelajar (IPG Kampus Keningau)
Opsyen : Bahasa Melayu SK (PISMP BM SEM 3)
Lokasi : Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.
Umur : 21 Tahun
Asal : Kota Marudu, Sabah.
Pekerjaan : Pelajar (IPG Kampus Keningau)
Opsyen : Bahasa Melayu SK (PISMP BM SEM 3)
Lokasi : Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.