Refleksi Minggu 4
Bagi tugasan Minggu 4 pula, tugasan ini telah meminta untuk mencari bahan yang berkaitan dengan sastera iaitu satu bahan yang terdiri daripada prosa dan satu lagi mengenai puisi. Soalan ke dua pula meminta mencari tiga bahan yang berkaitan tentang tatabahasa yang merangkumi aspek morfologi dan sintaksis. Soalan terakhir pula meminta mencari sekurang-kurangnya satu bagi setiap bidang ilmu lain yang merangkumi bidang Pendidikan Agama dan Moral, bahan mengenai Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kesihatan, Sukan dan pendidikan. Semua perkara yang dinyatakan di atas mesti disiapkan dalam folder minggu empat ini.
Pada pendapat saya, sekiranya melihat secara keseluruhan folder minggu empat ini, dapat saya rumuskan bahawa folder ini telah menguji kepakaran saya dalam aspek mencari maklumat. Terus terang saya ingin katakan, walaupun saya mengalami kesusahan dan kepayahan untuk mencari maklumat kerana banyak sumber yang penting dan boleh dipercayai telah disekat, namun ia telah mengasah lagi kemahiran sedia ada saya supaya lebih jauh bagi mencari maklumat. Jika dibanding dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain, mereka dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar kerana mempunyai kemudahan internet yang lebih baik. Mereka menggunakan kemudahan seperti “broadband” yang boleh memudahkan mereka mendapatkan maklumat dengan pantas mengikut kehendak mereka. Walaupun menggunakan kemudahan internet yang disediakan oleh pihak IPG, di mana banyak laman webnya telah disekat, saya tetap dapat siapkan tugasan minggu 4 ini meskipun mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya.
Semasa membuat laman tersebut, saya menyedari bahawa nota atau maklumat yang diingini dan harus dimasukkan di laman ini bukan sahaja bagi tujuan menyiapkan tugasan malahan juga bagi kepentingan diri sebenarnya. Saya telah berfikir alangkah baiknya sekiranya saya memasukkan nota-nota yang berkaitan dengan kursus yang saya pelajari di IPG ini. Oleh hal yang demikian, saya dapat merujuk terus nota-nota yang telah disimpan di laman ini bagi persediaan peperiksaan kelak. Bak kata pepatah ‘malang tidak berbau’ sekiranya maklumat yang saya inginkan telah hilang, saya boleh mendapatkan kembali maklumat tersebut secara pantas dengan membuka laman yang saya bina sendiri kemudian melihat maklumat yang berkaitan.