Berita: Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah
Sekolah kamu telah menganjurkan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tuliskan berita tentang kempen tersebut.
TEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah.
Guru besar sekolah ini iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan guru-guru, murid-murid, dan masyarakat setempat.
Aktiviti gotong-royong telah diadakan untuk membersihkan persekitaran sekolah. Aktiviti ini bermula pada pukul 8:30 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang sesuai seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.
Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sepohon pokok bunga setiap seorang. Pokok-pokok bunga ini ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang ditanam.
Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga telah digali sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura apabila siap sepenuhnya nanti.
Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria selalu.
Fakta: Kebaikkan Buah-buahan Tempatan
Rakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan. Tuliskan tentang kebaikkan buah-buahan tempatan.
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan memakan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan lebih berkhasiat. Buah-buahan tempatan kita mempunyai berbagai-bagai jenis zat dan vitamin. Oleh itu, buah-buahan ini dapat menjamin kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Buah-buahan ini boleh kita tanam sendiri disekeliling rumah kita. Oleh itu, kita tidak perlu pergi ke pekan untuk mendapatkan buah-buahan ini.
Kebaikkan makan buah-buahan tempatan juga ialah dapat meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita memilih untuk makan lebih banyak buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Justeru, ekonomi negara kita akan meningkat dan maju.
Selain itu, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana harga buah-buahan ini lebih murah. Oleh itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan untuk menjamin kesihatan kita.
Temu Ramah/Dailog: Anak berjaya
Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan, semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.
( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim )
Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga.
Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun, mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Seri Tualang. Kemudian, bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Tualang, Temerloh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu.
Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali. ( Berjabat tangan dengan murid )
Cerita: Perjalananku
Aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menaiki bas itu untuk pulang ke rumahku.
Di pertengahan jalan, tayar bas itu pancit. Aku turun dari bas itu lalu berjalan kaki. Hujan renyai-renyai mula turun. Aku berjalan seorang diri. Hatiku ingin mengikut jalan pintas tetapi aku takut.
Aku terpaksa mengikut jalan pintas supaya aku dapat pulang ke rumahku dengan lebih awal. Di sekeliling jalan pintas itu terdapat banyak pokok getah. Kadang-kadang aku terdengar bunyi burung hantu yang menakutkan diriku.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil-manggil namaku. Aku fikirkan suara itu adalah khayalan sahaja. Aku menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila terlihat satu lembaga melambai-lambai ke arahku. Badannya berlumuran darah.
Aku membuka langkah seribu. Aku berlari dengan sekuat-kuat hatiku. Aku keletihan dan aku terpaksa berehat sebentar. Tiba-tiba seorang perempuan tua muncul di hadapanku. Aku berasa takut. Perempuan tua itu menunjukkan jalan pulang ke rumahku. Aku mengucapkan terima kasih kepada perempuan tua itu. Kemudian, perempuan tua itupun hilang daripada pandanganku.
Setibanya di halaman rumahku, aku terus masuk ke dalam rumah untuk memberitahu ayahku peristiwa yang menimpa diriku. Peristiwa itu telah memberi pengajaran kepadaku.
Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
Normal
0
false
false
false
EN-US
X-NONE
X-NONE
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:"Table Normal";
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:"";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin-top:0in;
mso-para-margin-right:0in;
mso-para-margin-bottom:10.0pt;
mso-para-margin-left:0in;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:"Calibri","sans-serif";
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;}
Laporan
Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke sepuluh. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Bendera rumah sukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin. Pada pukul 8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka.
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada pukul 8.10 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul 10.00 pagi.
Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Sebelum bersurai pada pukul 12.30 tengah hari, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang diadakan di kantin.
Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2010
..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri
Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagian hidup kita. Kita mesti memastikan supaya telinga kita berada dalam keadaan yang bersih. Kita perlu membersihkan telinga kita sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan menjadi sihat dan cergas.
Kita hendaklah memotong kuku supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman akan melekat pada kuku kita. Kuman tersebut boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita dihinggapi penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lain-lain lagi.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut. Kita mestilah menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah menanamkan sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk kebahagiaan hidup kita.
Sekian, terima kasih.
Cerita: Kehilangan Ibu Bapa
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang. Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang itu diadakan di Negeri Melaka. Suasana di sana sangat sesak dengan orang ramai. Ketika saya sedang asyik memerhati keadaan di sekililing yang penuh sesak, tiba-tiba saya dapati ibu dan bapa saya sudah tiada di samping saya. Saya berasa bimbang dan takut.
Walau bagaimanapun, saya tetap berusaha untuk mencari ibu dan bapa saya. Saya mencari pondok telefon untuk menelefon telefon bimbit ayah saya. Namun begitu, nasib saya begitu malang kerana pondok telefon itu rosak.
Dalam keadaan yang sesak dan riuh -rendah, saya telah menemui seorang mak cik. Saya menceritakan kejadian yang telah menimpa saya. Mak cik itu memberitahu bahawa di hadapan sana terdapat pondok untuk membuat aduan atau pertanyaan. Saya berasa gembira mendengar kata-kata mak cik itu.
Setelah sampai ke tempat yang dituju, saya menemui pegawai keselamatan untuk memberi tahu bahawa saya telah kehilangan ibu dan bapa. Pegawai keselamatan itu membawa saya ke tempat pengumuman.
Setelah sampai ke tempat pengumuman, pegawai keselamatan itu mengumumkan tentang maklumat saya. Tidak lama kemudian, ibu dan bapa saya berlari anak ke tempat pengumuman. saya berasa gembira kerana telah menemui keluarga saya semula.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai keselamatan yang telah menolong saya. Pegawai keselamatan itu menasihati ibu dan bapa saya supaya lebih berhati-hati apabila membawa anak-anak ke tempat yang sesak seperti ini.
Surat Kiriman Rasmi: Penghargaan dan Pesanan Buku
Mohd Tarmizi bin Wahid
No. 74, Kampung Merapoh,
28000 Kuala Lipis,
Pahang.
__________________________________________________________________________________
Pengurus Penerbitan,
Pustaka Mayaraya,
45, Jalan Petaling 5,
47500 Petaling Jaya. 12 DISEMBER 2011
Tuan,
Penghargaan dan Pesanan Buku
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat tuan kerana begitu aktif menerbitkan buku-buku akademik yang bermutu. Banyak murid termasuk saya yang memperoleh manfaat daripada penerbitan ini kerana pencapaian saya semakin memberangsangkan.
2. Untuk maklumat tuan, saya telah mendapat 5A dalam UPSR tahun yang lalu. Kejayaan ini saya peroleh hasil daripada bimbingan guru yang berdedikasi, perbincangan dengan rakan, dan latihan serta ulang kaji yang berterusan. Semasa saya mengulang kaji pelajaran, buku-buku terbitan syarikat tuan menjadi pilihan. Tampaknya pilihan saya ini tepat. Hal ini demikian kerana keputusan peperiksaan saya yang kurang memuaskan sebelum ini telah dapat diperbaiki.
3. Tahun hadapan saya akan belajar di sekolah menengah pula. Saya berhasrat untuk terus menggunakan buku-buku terbitan syarikat tuan. Jika tidak berhalangan, sudilah kiranya pihak tuan mengirimi saya senarai buku PMR terbitan syarikat tuan berserta borang pesanannya.
4. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada tuan dan kakitangan syarikat tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
............................
(MOHD TARMIZI BIN WAHID)
Cerita: Insaf
Cerita: Insaf
Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara pergi ke tandas. Sewaktu dalam perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding sekolah.
Aku menghampiri murid-murid tersebut untuk menghalang mereka daripada terus menconteng dinding sekolah. Rupa-rupanya mereka ialah rakan-rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur perbuatan mereka.
Walau bagaimanapun, aku dimarahi oleh Aizat kerana teguranku itu. Aku terus menasihati mereka tetapi tiba-tiba Aizat cuba menumbukku tetapi sempat dihalang oleh Farid. Mereka memberi amaran supaya aku tidak memberitahu guru akan perbuatan mereka itu.
Aku terus beredar dari situ. Selepas ke tandas, aku mencari guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah untuk memberitahu tentang perbuatan mereka itu. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku tidak mahu perbuatan seperti itu terus berlaku. Cikgu Nadirah memanggil ketiga-tiga kawanku itu ke pejabat. Mereka datang ke pejabat dalam keadaan ketakutan.
Cikgu Nadirah memberi nasihat kepada Aizat, Farid dan Azwan supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermoral itu lagi. Mereka juga dikehendaki memadam semula contengan di dinding. Nasihat Cikgu Nadirah menyebabkan mereka insaf atas perbuatan itu.
Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku. Sejak hari itu aku dan mereka menjadi kawan baik.

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang
Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Abang anda yang belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan bertanya perkara yang anda sedang lakukan kini. Balas surat abang anda.
No. 74, RPS Merapoh,
28000 Merapoh,
Pahang. Darul Makmur.
6 Februari 2011
Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar semoga dalam keadaan sihat sejahtera.
Kakanda yang dikasihi,
Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat hendaknya. Adinda serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda bersyukur kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan dapat adinda jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti keputusannya dengan penuh debaran. Adinda berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut. Diharap kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.
Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa dengan membaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah. Selain itu, kadang-kadang adinda juga ada bertukar-tukar buku dengan kawan-kawan. Adinda ingin menggunakan masa yang banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.
Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda akan melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan melawat ke tempat-tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di samping menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut.
Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan kakanda. Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera.
Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah salam sayang daripada adinda dan keluarga.
Adindamu,
......................................................
(HASIF ZAKWAN BIN HAMIDI)