Refleksi Minggu 3
Sesungguhnya, dalam setiap kehidupan manusia terdapat peraturan yang telah ditetapkan supaya peraturan tersebut akan menjadi pedoman dan seterusnya mendidik manusia supaya akan tidak melampaui batas. Peraturan juga boleh dikenali sebagai undang-undang kerana ia meletakkan syarat-syarat yang tertentu supaya setiap peraturan yang telah termaktub tidak akan dilanggari oleh pihak ataupun individu tertentu yang ingin meletakkan kepentingan diri. Begitu juga halnya dalam pengunaan internet. Dalam penggunaan internet terutama sekali pihak yang berkhidmat dalam agensi kerajaan, terdapat etika yang sudah ditetapkan bagi memastikan kelangsungan kerja berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah.
Pada minggu ke-3 ini, laman ini mengisahkan Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Kini baru saya sedari bahawa saya telah melakukan pelbagai kesalahan jika mengikut garis Panduan penggunaan internet. Sebagai contohnya, semasa melakukan kerja ISL yang diberikan oleh Pensyarah pembimbing, saya telah membuka laman sesawang yang lain seperti membaca berita dan artikel lain sebelum membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Di sini membuktikan bahawa dari segi pengurusan masa, saya telah gagal dalam aspek ini. Akan tetapi, selepas membaca dan fahami etika dan garis panduan yang ditugaskan kepada saya kini baru saya sedari akan kesilapan telah saya dan akan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.
Selain membuat laman ini, saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan sebagai bakal penjawat awam kelak. “Sambil menyelam minum air”, itulah perumpamaan yang sesuai kerana saya dapat dua faedah melalui tugasan yang diberi ini. Sambil menyiapkan laman ini, saya juga dapat menajamkan lagi kemahiran saya untuk mencari maklumat. Seperti yang kita sedia maklum, semakin banyak laman yang telah disekat atas sebab yang tertentu. Oleh itu, sudah pasti menjadi cabaran kepada saya untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasan minggu tiga ini. Walaupun menghadapi pelbagai masalah semasa menyiapkan tugasan ini, ia tidak mematahkan semangat saya untuk lebih berusaha. Syukur diucapkan kepada tuhan kerana, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.