Refleksi Minggu 1
Pada minggu ini, kami telah ditugaskan untuk mencari sebanyak mungkin alamat internet, ikon e dan seterusnya katalog yang berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu. Fail ini bertujuan bagi memudahkan guru mencari maklumat yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran ketika hendak mengajar subjek Bahasa Melayu khususnya. Sejak akhir-akhir ini, guru sering kali amat sukar hendak mendapatkan maklumat yang diperlukan samada untuk maklumat tambahan atau kegunaan P&P. Dengan adanya folder dan maklumat ini, diharap akan memudahkan lagi kerja sebagai guru dan seterusnya akan memantapkan lagi dari segi penyampaian P&P di kelas serta akan mendekatkan lagi murid dengan guru dengan pelbagai pengisian yang berfaedah.
Pada pendapat saya, ilmu merupakan satu perolehan dan bekalan yang sangat penting dalam kehidupan. Akan tetapi, kita sebagai manusia biasa mudah lupa akan segala ilmu yang kita telah pelajari. Kita akan mengingati sesuatu ilmu sekiranya kita melakukan pembacaan pada hari ini. Jika kita imbas kembali apa tentang ilmu yang sudah kita pelajari pada keesokkan harinya, kita mungkin masih mengingati ilmu berkenaan tetapi, beberapa peratus ilmu tersebut akan kita sedikit demi sedikit akan luntur dalam fikiran kita. Apabila kita memerlukan ilmu tersebut, kita perlu mengingat kembali tentang apa yang sudah kita pelajari. Tetapi, bayangkan sekiranya kita kekurangan sumber rujukan dan nota ringkas memerlukan rujukan yang lain. dalam hal ini apakah penyelesaiannya?
Oleh itu, dengan menyimpan segala maklumat sebagaimana yang ditunjukkan di dalam blog ini, sememangnya satu langkah yang sangat bijak dan akan mejimatkan masa. Masa untuk belajar juga akan lebih teratur dan sudah pasti akan menjamin pembelajaran kita. Sekiranya kita memerlukan rujukan, kita hanya perlu ‘klik’ laman web yang sudah dikumpulkan dan ia akan terpapar di hadapan dan kita hanya perlu membacanya.