Latihan Latih Tubi -Imbuhan
Latihan 1
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
(berasa, ditegur, jauhi, Tanaman, bertambah, melanggar)
1.Kuah kari itu memang _______________ pedas.
2._______________ herba amat sesuai dengan iklim di negara kita.
3.Wahai kawan, ________________lah sifat malas dan degil.
4.Kereta yang dipandu laju itu ________________ seorang tua yang sedang melintas jalan.
5.Apabila malam menjelang, suasana di tapak pesta itu _______________ meriah.
6.Leong _______________ oleh abangnya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.
Latihan 2
Garisi perkataan berimbuhan yang sesuai.
1.Banyak rumah penduduk kampung yang (tercabut, dicabut) bumbung akibat ribut malam tadi.
2.Ramu dan adik-adiknya bercadang hendak (dicat, mengecat) rumah mereka sempena Deepavali nanti.
3.(Kesemua, Semua) anak Encik Murad berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
4."(Menyiram, Sirami) pokok di tepi pagar itu, Amin," kata ibunya.
5.Stadium itu dibanjiri (lautan, melaut) manusia.
6.Perangai budak itu sungguh nakal seperti orang tidak (belajar, berajar).
7.(Penduduk, Menduduki) kampung Andak mengalami kerugian setelah hasil tanaman mereka ditanggelami banjir.
8.Adik menangis kerana (kejatuhan, terjatuh) dari katilnya.
Latihan 3
Pilih jawapan yang betul.
1.Walaupun hanya anak angkat, Syamil ________________ sepenuh kasih sayang oleh keluarga Encik Jamal.
A.diberi
B.memberi
C.pemberian
D.memberikan
2.Karim sedang leka ________________ kerja sekolah hingga tidak sedar akan kedatangan kawan-kawannya.
A.menyiapkan
B.disiapkan
C.persiapan
D.bersiap
3.Anak gadis Puan Mona _________________ minuman kepada tetamu yang datang.
A.hidangan
B.terhidang
C.dihidangkan
D.menghidangkan
4.Datuk Malek Mydin menjadi rakyat Malaysia yang pertama berenang ________________ Selat Inggeris.
A.direntasi
B.rentasan
C.merentasi
D.merentaskan
5.Seruling yang ditiup oleh Mohar itu ________________ nyaring.
A.membunyikan
B.bunyi-bunyikan
C.dibunyikan
D.berbunyi
6.Murid itu berjaya _________________ sebuah meja serba guna.
A.pencipta
B.mencipta
C.diciptakan
D.penciptaan