Refleksi Minggu 2
Dalam Bahasa Melayu, sememangnya kemahiran-kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur, membaca seterusnya menulis merupakan elemen yang sangat penting dalam bahasa Melayu terutamanya semasa melakukan pengajaran di dalam kelas. Untuk guru bahasa Melayu, aspek-aspek seperti ini haruslah dikuasai sepenuhnya supaya ia akan menjadi asas sekiranya kita hendak membuat pentaksiran mahupun ingin melaksanakan sesuatu pengajaran di dalam kelas.
Tidak dinafikan bahawa dalam dunia pendidikan pada masa kini bahasa Melayu semakin terhakis sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perpaduan di negara ini. Pelbagai pihak telah tampil ke hadapan bagi melindungi dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang pernah menjadi terkenal pada masa dahulu. Akan tetapi apakah cara yang sesuai untuk menegakkan kembali bahasa Melayu ini? adakah semua pihak terlibat untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu?. Pada pendapat saya, kunci utama bagi menjayakan perjuangan ini sebenarnya terletak di tangan guru bahasa Melayu itu sendiri. Mengapakah saya mengatakan begitu? Ini kerana guru bahasa Melayu merupakan seorang yang telah mempelajari semua aspek pendidikan bahasa Melayu dan bolah dikatakan guru bahasa melayu menguasai segala aspek dalam bidang bahasa Melayu.
Oleh hal yang demikian, perkara ini bolah dibendung sekiranya kita bermula dari akar umbi. Seperti yang saya katakan tadi, guru haruslah menguasai dan mempelajari segala aspek yang berkaitan dalam bidang mereka. Jika kita lihat akan folder pada minggu dua yang dibina, terdapat beberapa folder yang boleh dijadikan alat bantu mengajar (ABM) yang melibatkan kemahiran teknologi ICT. Segala ABM tersebut boleh digunakan oleh guru sekiranya ingin menjalankan pengajaran di dalam kelas. Kemahiran yang pelbagau serta pengunaan ABM yang yang sesuai dalam bahasa melayu sekaligus akan memberikan peneguhan serta pengukuhan dalam aspek pengajaran bahasa Melayu kepada anak-anak di Sekolah.