Refleksi Minggu 5
Bagi minggu lima ini pula, tugasan ini telah meminta untuk membina satu pakej pembelajaran yang berbentuk persembahan ‘power point’ yang telah dilengkapi dengan aplikasi perakam bunyi, ‘picture manager’ ‘movie maker’, pautan pakej pembelajaran dan sebagainya yang berkaitan supaya pakej pembelajaran berkenaan menjadi lebih menarik. Oleh hal yang demikian, bagi minggu lima ini sahaja, banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk menghasilkan pakej pembelajaran seperti yang diinginkan.
Terus terang saya katakan, sekiranya saya diberikan pilihan untuk memilih tajuk tugasan yang paling sukar untuk disiapkan, sudah tentu saya akan memilih tajuk minggu ke lima kerana bagi saya, tajuk minggu ke lima ini sangat sukar kerana tugasan yang diingini berasaskan kemahiran komputer dan kemahiran inilah merupakan kelemahan saya. Saya belum menguasai kemahiran komputer sepenuhnya dan saya masih memerlukan masa untuk mempelajari kesemua kemahiran berikut. Bahkan saya juga dalam proses untuk mengenal komputer saya sendiri. Namun begitu, dengan bimbingan pensyarah pembimbing, kesemua kerisauan dan kelemahan yang saya alami telah dapat selesaikan dengan sebaik-baiknya. Beliau telah menerangkan satu persatu cara-cara bagaimana aplikasi berkenaan dapat berfungsi. Dan akhirnya, dengan bantuan dan bimbingan beliau, saya berjaya juga menyiapkan tugasan minggu ke lima.
Semasa menyiapkan tugasan ini, dapat saya katakan bahawa saya telah mempelajari sesuatu yang baru dan sangat berguna kepada saya bagi melengkapi sebanyak mungkin kemahiran yang ada. Tidak dinafikan bahawa, perisian seperti ini semakin penting dan boleh dijadikan salah satu alat ABM yang sesuai kepada murid-murid. Dalam era globalisasi, guru haruslah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran. Salah satu daripadanya melalui kemahiran komputer. Jestru itu, sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menggabungjalinkan segala kemahiran mereka.